BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
salamjz9.gif

Saturday, November 7, 2009

Jawapan Si Mukmin Kepada Syaitan



Kenapa aku diuji?
Jawapannya : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan : 'Kami telah beriman.' sedangkan mereka belum diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta'."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Kenapa masih tak dapat apa yang aku impikan?
Jawapannya : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Kenapa aku mendapat ujian seberat ini?
Jawapannya : "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

Rasa kecewa?
Jawapannya : "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Ali-Imran ayat 139)

Bagaimana harus aku menghadapinya?
Jawapannya : "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (mengahadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(Surah Ali-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

Apa yang aku dapat daripada semua ini?
Jawapannya : "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang Mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka."
(Surah At-Taubah ayat 111)

Kepada siapa aku mengharap?
Jawapannya : "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah ayat 129)

Aku sudah tak dapat bertahan lagi!
Jawapannya : "...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusof ayat 12)

Monday, November 2, 2009

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima dan rezeki yang bagus (baik).

Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yangtidak khusyuk, doa yang tidak didengar (makhbul) dan amalan yang tidak dinaikkan (diterima).

Sunday, November 1, 2009

FADHILAT WUDUK


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

  • Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
  • Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
  • Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
  • Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
  • Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
  • Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
  • Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan. "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
  • Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".


    PENJELASAN

    Penjelasan 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
    Penjelasan 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
    Penjelasan 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
    Penjelasan 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
    Penjelasan 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
    Penjelasan 6
    : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain
    Penjelasan 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
    Penjelasan 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

Tuesday, October 20, 2009


Jiwa orang selalu ingat Allah sentiasa bening, tenang walaupun banyak masalah hidup

ORANG dalam hatinya terpancar keimanan kukuh, akan selalu giat berusaha sepanjang langkah usianya untuk bertaqarub kepada Allah kerana didorong rasa cinta mendalam terhadap-Nya. Kasih sayang dan kecintaan kepada Allah menjadikan seseorang itu sentiasa rindu pada-Nya.

Ibarat seorang anak muda sedang mabuk asmara, selalu terkenang-kenang si buah hatinya. Orang yang beriman, ingatannya tetap bergetar tulus kepada-Nya tanpa mengira waktu dan tempat. Bagi mukmin sejati, zikir dan hati adalah satu nyawa, tidak boleh dipisahkan.

Ia ditegaskan Ibn Taimiyah: “Zikir bagi hati adalah umpama air bagi ikan, bagaimana keadaan ikan apabila berpisah daripada air?”

Inilah gambaran orang beriman, yakin percaya kepada Allah dan menginsafi diri tidak lebih sebagai seorang hamba sangat lemah yang selama ini menerima nikmat Allah tidak terhitung banyaknya.

Hal ini menepati firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; dan bertasbihlah kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.” (Surah al-Ahzab, ayat 41-42)

Kebanyakan masyarakat faham zikir hanya kata-kata yang dilafazkan saban kali habis menunaikan solat fardu, solat sunat atau membisik doa ketika ingin makan, memulakan sesuatu kerja yang baik, terjaga dan tidur serta bersin.

Padahal hakikat zikir kepada Allah sebenarnya tidak tertentu kepada zikir lisan semata-mata seperti mana ditegaskan Al-Imam An-Nawawi, bahawa zikir tidak terbatas kepada tasbih, tahlil, takbir dan lain-lain zikir lisan, mereka yang bekerja kerana Allah juga orang yang berzikir kepada Allah.

Pendapat beliau disokong Basri Ibrahim Al-Azhari dalam bukunya Salah Faham Terhadap Konsep Ibadah, Ilmu dan Zikir, bahawa setiap orang yang taat kepada Allah, mengikut segala diperintahkan dan meninggalkan dilarang oleh-Nya dikira sebagai orang yang berzikir.

Zikir terbahagi kepada tiga bahagian iaitu zikir hati, lidah dan anggota. Zikir hati memikirkan keagungan dan kebesaran Allah di bumi, langit dan seluruh kejadian makhluk-Nya. Zikir lidah pula melantunkan puji-puji kepada Allah, mensyukuri nikmat kurniaan-Nya, menyeru masyarakat ke arah ajaran Islam, menerangkan kebaikan syarak, menjelaskan hikmah pada perintah dan larangan Allah, memberi nasihat kepada sesama Islam.

Sementara zikir anggota pula menggunakan anggota badan untuk melakukan amalan ketaatan, sama ada dalam bentuk melakukan segala suruhan atau meninggalkan segala larangan Allah.

Orang yang lupa atau lalai kepada Allah, hatinya selalu dirundung resah gelisah, tenggelam dalam kebimbangan dan sengaja meletakkan dirinya di tempat mengundang kemurkaan Allah lantaran tidak rasa bersalah terhadap kemungkaran dilakukan.

Lupa kepada Allah menandakan hati seseorang itu sudah berkarat dengan sifat mazmumah yang sangat keji.

Monday, October 19, 2009

DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA??



“DI MANA ALLAH DALAM HATI kita?” Sekali lagi kita tanya diri sendiri DI MANA ALLAH DALAM HATI kita? Adakah kita rasa amat gembira bila dapat berdamping denganNya atau sebaliknya? Adakah kita telah berusaha agar Allah sentiasa bersama kita?

Kalau begitu, sejauh manakah kita rasa gembira menerusi solat yang dilaksanakan ketika mendampingi dan bermunajat padaNya?
Apakah yang kita dapat rasai ketika sujud di dalam solat dan sejauh mana kita meneruskan zikir terhadapNya bukan hanya terbatas selepas solat. Ingatlah ketika Allah menyebut, Aku bersama hambaKu ketika dia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak kerana aku.

Adakah kita dapat meluangkan sepertiga malam untuk menyepi diri bersama Allah? Tidakkah kita teringat akan janji-janji Allah pada kita yang mampu bangun di tengah-tengah malam. Allah menyebut, adakah terdapat hambaKu yang bangun di tengah malam untuk bertaubat, di mana Aku menerima taubatnya, yang memohon keampunanKu, maka Aku ampunkan segala dosanya dan memohon sesuatu, maka Aku berikan padanya.

Tidakkah kita mahu berusaha untuk menjadikan hati-hati ini penuh dengan pujian kepada Allah, berkorban keranaNYa untuk meninggikan syiar agamaNYa walaupun pelbagai rintangan dan halangan.

Berapa banyak ruang dan masa yang ada pada kita untuk memerhatikan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita, terus bersyukur padaNya tanpa sebarang perasaan prejudis. Pernahkah terlintas dalam pemikiran kita bagaimana Allah menganugerahkan nikmat hidayah, kesihatan, harta, ilmu pengetahuan, kepandaian, kemahiran, bakat, anak-anak, ibu bapa yang terlalu menyayangi kita walau saat kita tersungkur, suami atau isteri yang mengasihi kita?

Atau kita sekadar menerima nikmatNya tanpa sebarang balasan untuk beramal dan mematuhi segala titah perintah Allah. Sesungguhnya ketahuilah wahai saudara-saudari seagama! Dunia dan bumi yang kita pijak ini menjanjikan pelbagai kehancuran, ia boleh berlaku pada apa yang kita ada atau kita cari, termasuk harta benda, anak-anak, pangkat dan jawatan tapi apa yang paling penting, DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA?

Jika tergerak hati untuk melakukan sesuatu kejahatan, tanyalah diri DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA? Allahkah yang patut dicari atau maksiat yang patut ditembusi, bagaimana keadaan anda ketika hendak bertemu dengan Allah pada hari pembalasan yang mungkin esok, lusa atau hari ini atau mungkin pada saat ini sedangkan anda melakukan maksiat kepadaNya?? Renungkan..